Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah
sama tapi tak serupa - siri 1 4 x 2 = 8 x 1 2 x 2 = 4 x 1 3 x 2 = 6 x 1 4 x 4 = 8 x 2 3 x 3 = 1 x 9 6 x 2 = 3 x 4 9 x 2 = 6 x 3 6 x 4 = 3 x 8 9 x 4 = 6 x 6
sama tapi tak serupa - siri 2 4 x 3 = 3 x 4 6 x 5 = 5 x 6 7 x 4 = 4 x 7 6 x 7 = 7 x 6 3 x 9 = 9 x 3 3 x 2 = 2 x 3 5 x 2 = 2 x 5 4 x 5 = 5 x 4
kembar sifir 2 x 2 = 4 3 x 3 = 9 4 x 4 = 16 5 x 5 = 25 6 x 6 = 36 7 x 7 = 49 8 x 8 = 36 9 x 9 = 81
zero sifir 2 x 0 = 0 8 x 0 = 0 5 x 0 = 0 4 x 0 = 0 7 x 0 = 0 3 x 0 = 0 6 x 0 = 0 1 x 0 = 0 9 x 0 = 0
Silap mata sifir
1) Sifir 9 boleh gunakan kedua belah tangan/10 jari
2) Sifir 9 - Senaraikan nombor 0 , 1 , 2, 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 di dalam satu barisan sebelah kiri dari atas ke bawah - senaraikan nombor 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 di sebelah kanannya dari bawah ke atas
3) Sifir 8 - Senaraikan nombor 0 , 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 di dalam satu barisan dari sebelah kiri dari atas ke bawah -senaraikan nombor 2 , 4 , 6, 8 , 0 , 2 , 4 , 6 , 8 disebelahnya dari bawah ke atas
selamat mencuba ......
Silap mata sifir darab 1 x 10 = 10 2 x 10 = 20 3 x 10 = 30 4 x 10 = 40 5 x 100 = 500 3 x 100 = 600 7 x 100 = 700 8 x 1000 = 8000 9 x 1000 = 9000
Silap mata sifir bahagi
50 bahagi 10 = 5 60 bahagi 10 = 6 30 bahagi 10 = 3 400 bahagi 10 = 40 600 bahagi 10 = 60 700 bahagi 100 = 7 800 bahagi 100 = 8 2000 bahagi 1000 = 2
Sifir darab ( Penggenap 100) 2 x 50 = 100 4 x 25 = 100 5 x 20 = 100 10 x 10 = 100
Sifir berantai
3 x 2 = 6
2 x 9 = 18
9 x 4 = 36
4 x 3 = 12
3 x 5 = 15
5 x 6 = 30
6 x 7 = 42
7 x 8 = 56
8 x 4 = 32kalau penat belajar ..main la sifir berantai ,setkan masa, siapa yang dapat buat rantai paling panjang dan betul ..dia la yang menang....
Kembar sifir bahagi
16 bahagi 4 = 8 bahagi 2 16 bahagi 2 = 32 bahagi 4 24 bahagi 4 = 12 bahagi 2 24 bahagi 8 = 6 bahagi 2 18 bahagi 2 = 27 bahagi 3 18 bahagi 3 = 36 bahagi 6apa yang kembar .. jawapannya la
Darab vs Bahagi
12 bahagi 3 = 2 x 2 18 bahagi 3 = 3 x 2 4 x 2 = 16 bahagi 2 2 x 5 = 20 bahagi 2 10 bahagi 2 = 1 x 5 3 x 3 = 45 bahagi 5Siapa yang menang? Dua-dua sama kuat sebab jawapannya sama ...
Seronoknya belajar tajuk ni . Mencari perimeter ..mmm
Ikutilah tips berikut .
1) Baca soalan..pastikan jenis bentuk samada segiempat sama/segiempat tepat/segitiga sama sisi/segitiga sama kaki atau segitiga bersudut tepat
2) Fahami kehendak soalan..(.ayat akhir ) ..pastikan kawasan mana yang hendak dikira ... samada perimeter kawasan berlorek atau perimeter seluruh rajah
3) Kemudian ... 'highlight'kan sisi yang hendak dikira
4) Label
5) Senaraikan
6) Kira . (Jangan lupa tuliskan unit cm pada setiap jalan kerja)
Kasih Sayang Ibu tiada tandingan di dunia dan akhirat
Tadi akak terbaca dlm satu fb Eida Estella..terima kasih deq kerana bg
akak share ..
Menitik air mata baca ayat kat bawah
nie..walaupun dok serumah dgn mak..tp selalu jer mcm buat salah kat mak..selalu
marah saya..selalu nasihatkan saya,selalu meningat kan saya akan sesuatu..mak yang
terbaik..walaupun mak suke membebel..hehehhe~ SAYANG MaK ...
KALAU SAYANG IBU, BACA LA ,
TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .
Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata ,
memang betul)
Bila dahaga , yang susukan aku . Mak . Bila lapar , yang suapkan aku , Mak . Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak . Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak . Bila bangun tidur, aku cari , Mak . Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak . Bila nak bermanja, aku dekati , Mak . Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak . Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak . Bila nakal , yang memarahi aku , Mak . Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak . Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah ,
Mak . Bila takut , yang tenangkan aku , Mak . Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak . Aku selalu teringatkan , Mak . Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak . Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak . Bila bengang , aku suka luah pada , Mak . Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk !
" Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak . Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak . Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak . Bila ada masalah , yang paling risau , Mak . Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak . Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak . kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam
& lauk pauk , Mak . Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak
. Yang selalu berleter kat aku , Mak . Yang selalu puji aku , Mak . Yang selalu nasihat aku , Mak .
Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk ,
Mak .
Aku ada pasangan hidup sendiri .
Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku . Bila sedih , aku cari , Mak . Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku . Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak . Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku . Bila berduka , aku peluk erat , Emakku . Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku . Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak . Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku
! Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat
Hari Ibu ” ! Selalu , Aku ingat pasanganku ! Selalu , Mak ingat kat aku ! Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku ! Entah bila , aku nak telefOn mak ! Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku ! Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !
Renungkan :
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja ,
bOlehkah kau kirim wang untuk mak
" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah .
"
Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada .
" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya ! Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya ! Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya ! Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya ! Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan
membersihkan luka kudis ibunya ! Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga
ibunya ! Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH
ibunya !
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas
yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :
1) TOlOng pergi kedai : RM4.00
2) TOlOng jaga adik : RM4.00
3) TOlOng buang sampah : RM1.00
4) TOlOng kemas bilik : RM2.00
5) TOlOng siram bunga : RM3.00
6) TOlOng sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan
menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .
1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan
keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak
mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama
ditulisnya .
PESAN TOK WAN /2
Untuk Mu Ibu
by Exist
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
( ulang 1, 2, 3 )
Ibu...
PESAN TOK WAN/3
Pada
tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan
keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam
tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk
dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah. Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli
ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri
tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal
JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh
rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun
Razak) nyata cerita itu benar. Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi
makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda
itu tidak halal untuk umat Islam) · Kepala berbentuk 'V' · Bentuk badan mirip torpedo · Badan berwarna hitam berkilat · Bahagian bawah badan berwarna putih melepak · Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna
kuning · Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran
beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan
kelapa sawit, kiambang dan vitamin) · Kepala berbentuk 'U' · Bentuk badan tirus · Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat · Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu · Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara
bawah kepala dan badan · Digoreng tidak meletup Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak
membeli ikan keli dipasar.
PESAN TOK WAN/4
DEMI KESEJAHTERAANSekiranya anda
dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan
memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.
Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi
anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor
tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya
melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.
Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai
seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan
menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di
TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna
disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama
ini.
1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung
hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan
buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi
yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan
isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau
cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood
atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat
saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah
menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada
suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami
duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau
relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu
hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan
suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit
lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor
ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah,
beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia
memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan
isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi
saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz
badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam
cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu
kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri
walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda
dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan
rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki.
Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah
dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka
baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam
bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal.
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia
perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya
dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu
dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para
isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan
diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain.
Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh
tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri,
tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak
mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran
sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah
bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu
keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau
pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati
nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan
ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga,
besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu
isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami
juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk
syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan
keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah,
kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau
berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk.
Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki
amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng
sahaja.
Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim. *Sesiapa yg nak share
silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share pun dgn semua orang.
Nabi Muhammad saw adalah insan terpuji yang menjadi contoh kepada setiap
manusia tidak kira mereka yang beragama islam ataupun tidak. Bahkan mereka yang
bukan beragama islam telah membuat kajian untuk mencari kelemahan dan
kekurangan baginda, namun tidak ditemui sebarang kekurangan. Sungguh kita semua
bertuah dijadikan sebagai umat akhir zaman,walaupun kita semua berasal dari
rumpun bangsa yang berbeza (hatta juga agama) kita mengenali Nabi Muhammad saw
lantaran adanya internet sebgai perantaraan.
Alangkah baiknya kita menjadikan setiap satu amalan harian Nabi saw sebagai
contoh ikutan untuk kita setiap hari. Jangan dilupakan juga buat muslimin
maslimat agar sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad saw kerana ia
merupakan hadiah yang khusus untuk setiap orang islam untuk Nabi Muhammad saw.
Salam dan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad saw. Berikut adalah
antara amalan harian yang kita wajar jadikan contoh dan teladan dalam melalui
kehidupan harian. InsyaAllah.
Sesiapa yang berwuduk saat
ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat
pasti akan di kabulkan – Tirmizi.
Sunat tidur dalam keadaan
berwuduk.
Sesiapa yang berselawat tidak
kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam
apa jua perkara dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
Sesiapa yang berselawat 41
kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti
hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
Berselawat 33 kali sehari
dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di
samping beroleh ketenangan fikiran.
ALLAH akan hapuskan dosa-dosa
kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali
selesai menunaikan solat fardu.
Sewaktu menghadapi hidangan,
Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian
baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
Amalkan membaca selawat
sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
Sesiapa yang berniat
mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian
lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
Sesiapa yang mengamalkan
berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih
dihargai oleh orang lain.
Uthman bin Affan riwayatkan
bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi
janggutnya-Tirmizi
Nabi tidak pernah mencela
makanan. Jika baginda suka, beliau makan dan sebaliknya beliau
tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
Sahabat meriwayatkan:
Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-
Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada
keperluan.
Menurut Sayyid Ahmad dahlan,
sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan
dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
Setiap penyakit ada
penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH,
perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
Perbaharui wuduk tiap kali
bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat.
Hadith: Sesiapa yang berwuduk
dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
Sesiapa yang mengamalkan
membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan
fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
Nabi SAW sering menghadap ke
kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat
wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
Allah akan hapuskan dosa-dosa
kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai
menunaikan solat fardu.
Nabi tak makan sambil
bersandar-Bukhari.
Ertinya, baginda makan dengan
duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang
& mudahkan penghadaman .
Menurut Syihab Ahmad, sesiapa
berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH
akan menghindarkannya drp sebarang bencana
Nabi sering beristinsyaq air
kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan,ia juga
mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
Setelah bersolat Nabi memohon
ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang
lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
Sesiapa yang amalkan
berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada
sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
Apabila Nabi tidur, ia
dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara
berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
Amalan berselawat secara
teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH
segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
Tika Nabi tidur, ia membaca
surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta
menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
Membaca selawat 10 kali pada
setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan
diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
Wuduk dahulu jika ingin tidur
sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup
dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika
ingin tidur.
Munurut As-Shawi, sesiapa
yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada
gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan .
Silangkan kaki jika tidur di
masjid.
Hadith:Sahabat melihatNabi
berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang
terdedah aurat) – Bukhari
Sesiapa yang membaca selawat
sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal
mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
Adakalanya Nabi SAW amat
menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan
kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
Menurut Al-Hafiz Dimyati,
sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca
selawat sebanyak 70 kali sehari
Setelah bersolat Nabi SAW
mohon ampun(astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang
lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
Nabi seorang yang
berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai
untuk menasihati sahabat supaya
mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
Ada riwayat yang menyatakan bahawa
amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat,
insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
Menutup mulut dan rendahkan
suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan
atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
Jiwa yang gelisah dapat
ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana
ALLAH itu Maha Luas RahmatNya. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang
berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang
pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
Nabi tidak pernah menolak
hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya –
Bukhari
Sesiapa yang sering
mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat
dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
Selalu memilih yang lebih
mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq
Alaih
Berdiri apabila melihat
iringan jenazah.
Hadith: Apabila kamu sekalian
melihat jenazah( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) –
Muttafaq Alaih
Ulamak berpendapat, sesiapa
yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH
dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
Bersujud syukur jika dapat
khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang
menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu Dawud
Membaca selawat 1000 kali
selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa
dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
Beri salam hingga tiga kali
sahaja.Bahawasanya baginda memberi salam sebanyak 3 kali, apabila salamnya
tak berjawab, beliau beredar.
Menurut para ulamak, sesiapa
yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka
berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
Melakukan /membantu isteri
pekerjaan di rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah
sedekah-Ad-Dailami
Para ulamak berpendapat,
ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga
100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
PESAN TOK WAN / 7
MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika
dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang
tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia
membersihkan darah, menguatkan buah pinggang,
membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan,
minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh
dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok
diminun waktu pagi dengan air suam.
6.
Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang
panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan
– Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut.
Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
INFO from-->Kurangkan agenda menCARI si soleh,
tetapi berusahalah menJADI yang solehah.. subhanallah! ^_^ ♥ Salam Ukhuwwah
Islamiah
PESAN TOK WAN / 8
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri. Wahai Ali,
bagi orang yang JUJUR itu ada 3
tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu
ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut
jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3
tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada
Allah s.w.t.
PESAN TOK WAN / 9
SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang
lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB
HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau
difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh
terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul
pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk
kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang
bersetuju dengan pandangan saya )
Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam
; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang
ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada
kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang
period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah
yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita
jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan
solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh
dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali
yang mashur.
Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga
perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG
KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN
DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi
perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti
(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat
asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu
subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib
baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang
ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui
oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu
Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat
Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau
tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat
( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah
haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu
rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya
kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka
baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak
dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu
maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan,
mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses
pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu
di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil /
Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang
berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!
(Sumber dari teman-teman di facebook)
PESAN TOK WAN / 10
Thursday, July 21, 2011
Surah Yasin-Pengertian Setiap
Ayat...subhanALLAH...
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini
dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan
mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih
elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t.
(harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...
Caranya:Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad,Kita
orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam.
Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini
dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum
berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa,hembus dan sapu
pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang
kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang
satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal Elok dibaca sewaktu menaiki
kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia -Dibaca untuk dijauhkan fitnah
dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padangMahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan
sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut
dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula
daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat)
menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"(Ayat 78 dan 79)-
Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya
dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya
pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air
dan minumselama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan
tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca
pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
Yasin is the jantung of Al-Quran
Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
o Child is sick
o Feeling troubled.
o Memudahkan urusan
o Memudahkan perjalanan
o As selusoh (to ease pain when giving birth)
Read Yasin (3x) over water
Read 3 Qul (three times each) Fatihah
Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam
tidur, dosa diampunkan.
Ayat 9 - "Waja'alna...."
Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Lindungi diri dari dianiaya
Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Baca Ayat 9
Fatihah
Read 3 Qul (three times each)
Ayat Kursi
Ayat 29 - "In kanat illa...."
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan
kepada anda.
Ayat 36 - "subhanallazi.."
Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
Ya Wadud (3x)
Ayat 58 - "Salamun..."
- Jika sakit anggota
- Tak tenang hati
Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit
Ayat 76 - "Falayahzun.."
- Bila rasa sedih
- Untuk menenangkan hati
- Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
Tulang patah
Sakit sendi
Sakit lutut
Ayat 82 - "Innama amruhu.."
Jika mandul
Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan Dry method
Sembahyang tahjud
sembahyang hajat
Doa minta hajat
Baca ayat 100 x dengan yakin
Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
Seperti di atas, Bila baca ayat, tiup dalam air Minum 1 cawan air pada
pagi hari sebelum makan / minum benda lain Doa sambil minum Untuk 41 pagi
Wallahualam.
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu
binniat.. dan ikhlas melakukannya.
Dalam YASSIN merangkum:
Ilmu Pertanian
Ilmu Falak
Ilmu Laut
Ilmu Kiamat
Ilmu Ciptaan Manusia
Ilmu Binatang
Ilmu Kenabian
Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak
mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur.
(terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit
berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa
kita akan menyusul jua untuk pulang ke kampung asal kita..^_^